08 August 2020

Kesilapan

 




Assalamu'alaikum. 

Cuba duduk dan fikir. Berapa banyak kesilapan yang sudah kita lakukan dalam kehidupan kita yang lepas? Sudah pasti tidak terkira. Adakah kesilapan itu sesuatu yang buruk? Ya dan tidak.

Ya jika kita tak pernah belajar dari kesilapan.

Tidak jika kita sedar apa yang perlu diperbaiki.

"Sparepart" yang kita perlukan adalah masa. Untuk memperbaiki kesalahan bukan hanya sekadar sedar. Tetapi berusaha untuk memulihkan apa yang perlu. Masa juga menjadi peneman bagi mereka yang sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Tetapi jangan dilupa, masa itu pantas dan mahal. Gunakan masa yang ada itu sebaiknya.





Untuk lari dari membuat kesilapan itu seperti lari dari bayang sendiri. Mana mungkin kita dapat lari dari bayang sendiri. Hanya boleh hilang jika kita berada di tempat yang gelap. Tetapi mahukah kita berada di tempat yang gelap selamanya tanpa mencari sedikit cahaya? Percayalah, kita juga berhak menerima sedikit cahaya. Berbaik lah dengan bayang itu. Mungkin suatu hari nanti bayang itu juga yang akan menjadi tempat berteduh seseorang.

Kita sering memohon maaf dan memaafkan seseorang. Tetapi pernahkan kita memohon maaf dan memaafkan diri sendiri? Jangan lari dari kesilapan. Belajar dari kesilapan. Semoga kita menjadi insan yang lebih kuat.

Dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 
[Al-Muzzammil:20]




 


Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

1 comment

7:08:00 AM

Akhirnya Haris Kaito comeback! 🤧 Its a nice sharing, thankyouu :)

Post a Comment