04 January 2016

Alasan Untuk Tidak Berbuat Baik


Assalamu'alaikum. 

Pernah tak kita nak buat kebaikan tetapi kita hanya terfikir akan kebaikan itu dan tidak meluahkan kebaikan itu melalui perbuatan? 

Mesti pernah kannn. Okay.
Kenapa perkara sebegitu terjadi? Adakah disebabkan hanya dengan niat kita dah dapat pahala? Adakah cukup?

Tak cukup lah adik abang akak sekalian. Apa yang kita kejar syurga Allah SWT bukan syurga dunia yang 'murah'. Banyak alasan yang kita sengaja reka hanya kerana ingin menyedapkan hati untuk tidak berbuat baik.

Haris cuma nak bagi satu contoh. Pernah dengar firman Allah dalam surah As-Saff ayat 2-3?

Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannnya!
[As-Saff:2-3]

Apa yang kita fikir apabila tahu Allah SWT murka dengan perbuatan bercakap tetapi tidak melakukan itu? 

Pertama sekali kita akan terus rasa berjaga-jaga dalam berkata-kata. Okay itu bagus. 

Tetapi yang tidak bagusnya kita menggunakan ayat Allah SWT itu sebagai alasan untuk tidak berbuat kebaikan. Contohnya kita malas nak menyuruh orang berdakwah kerana kita tidak berdakwah. Salah siapakah sebenarnya ini?!

Kita sebenarnya malas untuk melakukan kebaikan dan kita rajin untuk mencari alasan untuk berbuat baik. 



Apa kata kita cuba istiqamah berbuat sesuatu kebaikan. InsyaAllah apabila kita dah merasa kemanisan berbuat baik, kita akan terus menjaga rasa ingin berbuat baik dalam diri. Kita pun akan jadi seorang yang lebih baik. InsyaAllah.

Tiada salah untuk jadi baik. Jangan bandingkan kebaikan kita dengan kebaikan orang. Buat lah kebaikan yang kita mampu tetapi jangan pernah lupa untuk mencuba jadi baik dan terus buat kebaikan itu! Dunia perlukan ramai lagi manusia yang baik. 

Biarlah segumpal darah yang elok itu menjadi antara bukti kita hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. (:

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...
[Al-Isra:7]





Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

2 comments

farihah daud
12:43:00 AM

i bet, mmg tu alsan sbb x brani nk dakwah. sbb rase diri ni belum baik lagi. sebb takut jd hipokrit

Anonymous
12:26:00 AM

Thank u. May Allah bless u.

Post a Comment