21 December 2015

Pemikiran Kita


Assalamu'alaikum.

Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada had masa. Bosan kot duduk hospital tu. Main badminton tu dengan adik Adam yang merupakan anak kepada seorang pesakit ataupun kawan baru yang Haris kenal masa dekat hospital tu.

Sebelum berpisah dengan adik Adam, dia ada bisik

"Nanti kita main badminton lagi yer."

Bisik pendek adik Adam boleh buat macam-macam perkara bermain dalam fikiran Haris. 

"Lepas ni boleh lagi ke aku nak main badminton ni?"

Ni salah satu fikiran negatif yang muncul. Tapi bila teringat apa yang dah diajar oleh doktor-doktor, alhamdulillah fikiran negatif itu pergi perlahan-lahan.


Fikiran negatif mungkin ada baiknya juga tetapi jika terlebih ia akan menjadi sesuatu bebanan untuk kita jalani kehidupan seharian kita. Sesuatu yang kecil boleh bertukar menjadi lebih besar hanya kerana pemikiran kita. Orang putih cakap overthinking lah.

Bab fikiran positif ni ada banyak cabang sebenarnya. Tapi dalam entri ni Haris cuma nak cerita 0.001% jer bab positif ni. Haaa nampak tak betapa besarnya satu perkataan 'positif' ni.

Kita sering melihat sesuatu perkara itu dari sudut negatif. Bila kita nak buat sesuatu yang baru, ayat yang selalu muncul dalam fikiran kita ialah

"Eh, boleh ke aku buat ni?"

Nampak tak betapa negatifnya pemikran kita. Apa kata kita ubah ayat kat atas ni kepada

"Aku boleh buat!"

Baru lah datang semangat tu!

Lupa nikmat yang Allah berikan kepada kita merupakan salah satu sebab kita selalu berfikiran negatif. Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, senyum dan fikir akan nikmat yang Allah pinjamkan untuk kita. Banyakkkk sangat kannn.

Haris bukan nak suruh kamu semua positif 24 jam. Kita manusia lah, memang tak mampu untuk jadi positif tiap masa. Ada masa kita akan jatuh sampai ke tanah. Habis comot badan kita haa sebab tanah tu tempat kerbau main-main. Ada juga masa kita bangun sampai kita pijak atas orang lain pulak sebab tak cukup tinggi lagi bangun tu. Mintak izin dulu lah sebelum pijak tu. Kena marah nanti kang.

Yang penting setiap kali kita jatuh, jangan lupa untuk bangun semula. Tapi tak tahu lah kalau kamu tu jenis suka main-main kat tanah.


Pastikan setiap kali kita jatuh, kita akan bangun balik lebih "tinggi" berbanding sebelum ini. Macam gambar kat atas ni lah. Tapi yang pasti duit susah betul nak jadi macam graf kat atas ni kan? Huh.

Okay, tu je kot apa yang Haris nak tulis untuk entri kali ni. Pastikan kita berfikiran secara positif dan menggunakan akal dalam setiap pemikiran itu. Kalau jadi positif terlebih takut lain pulak jadinya. Maaf, kesimpulan dia pendek jer. Markah kurang ni.




Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

4 comments

haris tak sihat ke?
maaf, dah lama tak singgah baca entri2 haris.

tq untuk entri nasihat ni.
haris pun jangan down k. stay strong.

take care, get well soon, sahabat! :)

10:32:00 PM

Allah. Jazakallahu khairan kathira haris. Tetiba dapat aura positif tu haa :D

8:46:00 PM

@Nurul Atiqah Ahmed Alhamdulillah. Tak berapa sihat sekarang ni. InsyaAllah. Terima kasih yaa! :D

8:48:00 PM

@Semut. Alhamdulillah. Jzkk juga sebab sudi baca. :D

Post a Comment