21 December 2015

Pemikiran Kita


Assalamu'alaikum.

Haritu masa dalam wad Haris ada main badminton. Eh? Sakit pun boleh main lagi ke? Hahaha. Alhamdulillah diberi peluang walaupun ada had masa. Bosan kot duduk hospital tu. Main badminton tu dengan adik Adam yang merupakan anak kepada seorang pesakit ataupun kawan baru yang Haris kenal masa dekat hospital tu.

Sebelum berpisah dengan adik Adam, dia ada bisik

"Nanti kita main badminton lagi yer."

Bisik pendek adik Adam boleh buat macam-macam perkara bermain dalam fikiran Haris. 

"Lepas ni boleh lagi ke aku nak main badminton ni?"

Ni salah satu fikiran negatif yang muncul. Tapi bila teringat apa yang dah diajar oleh doktor-doktor, alhamdulillah fikiran negatif itu pergi perlahan-lahan.


Fikiran negatif mungkin ada baiknya juga tetapi jika terlebih ia akan menjadi sesuatu bebanan untuk kita jalani kehidupan seharian kita. Sesuatu yang kecil boleh bertukar menjadi lebih besar hanya kerana pemikiran kita. Orang putih cakap overthinking lah.

Bab fikiran positif ni ada banyak cabang sebenarnya. Tapi dalam entri ni Haris cuma nak cerita 0.001% jer bab positif ni. Haaa nampak tak betapa besarnya satu perkataan 'positif' ni.

Kita sering melihat sesuatu perkara itu dari sudut negatif. Bila kita nak buat sesuatu yang baru, ayat yang selalu muncul dalam fikiran kita ialah

"Eh, boleh ke aku buat ni?"

Nampak tak betapa negatifnya pemikran kita. Apa kata kita ubah ayat kat atas ni kepada

"Aku boleh buat!"

Baru lah datang semangat tu!

Lupa nikmat yang Allah berikan kepada kita merupakan salah satu sebab kita selalu berfikiran negatif. Cuba kita tarik nafas dalam-dalam, senyum dan fikir akan nikmat yang Allah pinjamkan untuk kita. Banyakkkk sangat kannn.

Haris bukan nak suruh kamu semua positif 24 jam. Kita manusia lah, memang tak mampu untuk jadi positif tiap masa. Ada masa kita akan jatuh sampai ke tanah. Habis comot badan kita haa sebab tanah tu tempat kerbau main-main. Ada juga masa kita bangun sampai kita pijak atas orang lain pulak sebab tak cukup tinggi lagi bangun tu. Mintak izin dulu lah sebelum pijak tu. Kena marah nanti kang.

Yang penting setiap kali kita jatuh, jangan lupa untuk bangun semula. Tapi tak tahu lah kalau kamu tu jenis suka main-main kat tanah.


Pastikan setiap kali kita jatuh, kita akan bangun balik lebih "tinggi" berbanding sebelum ini. Macam gambar kat atas ni lah. Tapi yang pasti duit susah betul nak jadi macam graf kat atas ni kan? Huh.

Okay, tu je kot apa yang Haris nak tulis untuk entri kali ni. Pastikan kita berfikiran secara positif dan menggunakan akal dalam setiap pemikiran itu. Kalau jadi positif terlebih takut lain pulak jadinya. Maaf, kesimpulan dia pendek jer. Markah kurang ni.




Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

08 June 2015

Payung atau Hujan?


Assalamu'alaikum. 

Kebiasaannya apabila diberi pilihan, kita akan memilih sesuatu yang lebih banyak kebaikan/kelebihan. Jarang sekali kita memilih sesuatu yang jelas kelemahannya. Apabila diberi pilihan untuk memilih payung atau hujan, yang mana satukah akan jadi pilihan kita? 

Payung dan hujan merupakan sesuatu yang berlawanan. Jika dilihat secara kebiasaan, manusia akan memilih payung jika hujan turun. Tak mahu pakaian di basahi air hujan. Tapi sekiranya kita diberi pilihan untuk menjadi payung atau hujan, yang manakah pula pilihan kita? 


Hujan akan menjadi pilihan kita kerana lebih banyak memberi manfaat. Apa yang Haris nak sampaikan dalam entri ini ialah walaupun sesuatu itu ada kelemahan, tidak bermakna kelemahan itu tetap akan ada dalam situasi yang lain. Mungkin sekarang kamu seorang yang sukar untuk mengikut cakap orang. Adakah itu kelemahan? Ya, itu kelemahan jika kamu sukar untuk mengikut nasihat yang baik. Tetapi jika kamu sukar untuk mengikut cakap orang yang melemahkan kamu, itu merupakan kelebihan! 

Buat lah sesuatu perkara yang kita mampu buat. Walaupun perkara yang kita buat itu agak lemah berbanding orang lain, itu diri kita. Sungguh, manusia merupakan makhluk yang lemah. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak melangkah. Biar kelemahan. Jangan keburukan. Cari kelebihan.





Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.