22 March 2014

Mesin Dunia.


Assalamu'alaikum.

Ikram seorang perniaga yang baru menceburi bidang perniagaan. Harini dia gembira, gembira lebih dari biasa. Keuntungan hari ini sudah cukup baginya untuk menampung perbelanjaan selama sebulan. Dia ingin berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik status di Facebooknya.


"Alhamdulillah! Untung berniaga harini dah boleh tampung hidup untuk sebulan."

Dan menerima komen-komen.

"Wehh! Macam mana kau buat? Ajar lah!"

"Tahniah bro. Kalau sudi ajar lah rahsia tu. Hehehe."

"Bagus lah enta ni, berniaga kan sunnah Rasulullah S.A.W. Boleh ajar ana?"

Dan banyak lagi komen yang turut gembira dengan kejayaan Ikram.

Sementara itu, Hilmi baru sahaja pulang dari kelas tahfiz. Dia juga sangat gembira. Dah dapat menghafaz surah Al-Baqarah dalam masa dua hari. Dia juga sempat memuat naik status di Facebooknya.

"Alhamdulillah. Dapat hafaz surah Al-Baqarah dalam masa dua hari."

Tidak dapat sebarang komen. Cuma sesuatu yang lebih menarik terjadi. Hilmi menerima mesej melalui laman Facebooknya itu.

"Assalamu'alaikum Hilmi. Hmm. Pasal status baru kau tu. Delete boleh tak? Tak elok lah riak macam tu. Benda baik tak perlu lah bagitahu orang. Delete eh?"

Dan beberapa lagi mesej yang mengatakan tentang riak.

***



Dua situasi yang hampir sama.
Cuma mendapat perhatian yang berbeza.

Kenapa?
Kenapa bila kejayaan dunia diwar-warkan kita 
terus ingin tahu bagaimana untuk mencapainya?

Kenapa bila kejayaan akhirat diwar-warkan kita 
terus merasakan sesuatu itu buruk?
Kenapa kita tidak ingin tahu bagaimana untuk 
mencapai kejayaan tersebut?

Kita sudah menjadi mesin.
Mesin yang inginkan dunia.
Telah disetkan untuk bersangkan buruk.
Dan rasa diri telah sempurna.

Layakkah mesin ini ke syurga?



Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.