05 May 2014

Perkara Lalu.


Assalamu'alaikum. 

Setiap manusia pernah melakukan kesilapan pada masa lalu sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Untuk masa hadapan, tidak terjamin juga bahawa kita tidak akan melakukan kesilapan. Kesilapan dan manusia tidak pernah terpisah kerana kita hanyalah makhluk yang sangat lemah, iman terutamanya.

Setelah kita sedar dan meninggalkan kesilapan lalu, sering kali ada manusia lain yang melihat kesilapan lalu kita masih membicarakan tentang perkara itu. Perlukah kita marah? Menyatakan kita sudah tidak seperti dulu?




Tak. Kita tidak perlu marah. Senyumlah. Itu semua hanyalah peringatan Tuhan kepada kita pendosa. Supaya kesilapan yang lalu tidak diulangi lagi. Anggaplah mereka yang membicarakan kesilapan itu hanya ingin menolong kita untuk terus berubah dan berubah.

Mengingati kesilapan lalu akan membuatkan kita rasa sakit. Kita memang layak rasa sakit itu kerana kita telah "menyakiti" Pencipta kita sendiri.

Sekiranya seseorang melakukan sesuatu yang menyakitkan hati kita, tidak perlulah dimarahinya. Mungkin kita juga pernah menyakiti hati orang lain sama seperti dia. Jika kita pernah melakukan sesuatu dosa, kita mestilah bersedia untuk memahami dan memaafkan dosa orang lain pada kita. Berdoalah kepada-Nya.

Mengkritik, menghina dan menghukum mereka yang melakukan dosa bukanlah kerja kita. Ingatlah, kita juga pendosa.



Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

2 comments

Benar.
Terkadang, rasa berterima kasih kepada mereka yang menyakiti dan cuba menjatuhkan kita.
Kerana tanpa ujian sebegitu, kita mungkin tidak sekuat sekarang untuk terus menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Aturan Allah maha Hebat. :)

6:56:00 AM

Nk share.

Post a Comment