16 April 2014

Pelangi Ujian.


Assalamu'alaikum.

Hidup memang penuh dengan ujian, kalau selalu happy bosan juga nanti.
Ujian umpama pelangi. Cuma masa pelangi ujian ini agak lama.
Kenapa ujian seperti pelangi? Mungkin ada yang cakap;

"Sebab pelangi tu muncul sekejap jer! Ujian pun kadang-kadang ada, kadang-kadang lari tah pi mana."

Confident betul jawapan di atas. Tetapi, sebenarnya ujian tak pernah lari. Hidup kita di dunia ini merupakan ujian. Kita takkan pernah dapat lari walaupun satu saat dari ujian selagi jantung kita berfungsi untuk mengepam darah keseluruh tubuh. 

Sekiranya kita leka seketika, pasti akan terjadi sesuatu yang membuatkan kita rasa seperti baru diuji. Contohnya, seseorang yang sangat kaya dan tidak pernah susah dalam hidup telah dirompak dan selepas dirompak dia telah mengatakan bahawa dia baru sahaja diuji.

Sedangkan dia lupa bahawa kekayaan dan kesenangan hidup juga merupakan ujian. Hidup itu sendiri merupakan ujian untuk kita lulus ke syurga atau failed ke neraka. Bukan leka dengan hidup yang senang tetapi leka dengan ujian yang telah diberikan sejak ditiupkan roh ke dalam jasad tersebut.

"Jadi, apa kena mengena pelangi dengan ujian?"

Pelangi itu indah bukan? Jadi apa kata kalau kita anggap bahawa ujian itu sesuatu yang indah. Kita selalu menyatakan bahawa ujian itu satu beban yang sangat berat. Sekiranya kita menganggap ujian ini perkara negatif, ujian tersebut akan menjadi lebih sukar kerana diri sendiri telah menetapkan bahawa ujian itu menyusahkan.



Sekiranya kita menerima ujian itu seperti perkara yang indah, kita akan dapat berfikir secara waras dan mampu untuk lulus ke syurga-Nya. InsyaAllah. :)







Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

1 comment

Benar sekali.

Tiap hela nafas kita tak pernah sesaat pun lari dari diuji.

Moga kita mampu gapai redhaNya. ameen. :)

Post a Comment