02 February 2014

Sendiri


Assalamu'alaikum.

Sunyi sangat sinonim jika perkataan sendiri disebut.
Tapi bagi Haris, sendiri membuatkan Haris lebih tenang.



Kenapa suka sendiri?
Sebab takut.
Takut bila bersama orang lain.
Takut sakitkan hati orang.
Buat orang kecewa.
Tak mampu memberi harapan.
Hingga mereka meninggalkan kita.
Akhirnya sendiri juga.

Orang tak kenal.
Orang boleh cakap apa sahaja.

Adakah sendiri itu betul-betul sunyi?
Tak. Tak pernah sunyi.
Sendiri boleh menyedarkan.
Menyedarkan bahawa masa kita bukan hanya untuk manusia.
DIA bersama sentiasa.

Walaupun sendiri.
Aku kuat.
Kerana-Nya.

Allah.

Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

1 comment

12:14:00 AM

Menyendiri tu bagus.
Tetapi harus juga bergaul.
Supaya dapat belajar.
Cara nak menyantuni manusia.

Jangan serik untuk bergaul.
Sentiasa belajar dari kesilapan.
Dari pengalaman itu dapat pengajaran.

Manusia itu unik.
Mana yang baik diikut
Mana yang buruk dibuat teladan

Post a Comment