09 February 2014

Lain


Assalamu'alaikum.

Maaf sekiranya penggunaan "aku" dalam entri ini agak kasar. Sesajer nak jadi normal.

Aku lain.
Tak sama macam kamu.
Kamu orang berilmu. 
Syariah Islamiyyah, Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Arab.
Ilmu itu ada bersama kamu.
hariskaito.blogspot.com
Aku? Sekadar melihat dari jauh.
Ingin mengikuti apa yang kamu pelajari.
Tapi, yang sudah ada sekarang pun aku tak mampu nak jaga.
Nak jadi seperti kamu? Ahhh. Hanya imaginasi aku.
hariskaito.blogspot.com
Air mata mengalir. 
Rasa diri tidak sebaik kamu.
Sangat jauh dari sifat kamu.
Kenapa aku begini?
Mungkin ini sudah ketentuan-Nya atau aku sendiri yang mahu?
hariskaito.blogspot.com
Melihat kamu berkata-kata mampu membuatkan aku terkaku.
Setiap kata yang diungkapkan sangat menyentuh.
Sekali lagi. Aku ingin jadi seperti kamu.
Tapi aku sedar, aku lain.
Lain dari kamu.
hariskaito.blogspot.com
Ya. 
Kata-kata aku tidak seperti kamu.
Tidak mampu menyentuh.
Menyentuh hati yang lari.
Lari dari jalan-Nya.
hariskaito.blogspot.com
Aku juga ingin rasa.
Rasa indahnya dakwah dan tarbiyyah.
Walaupun aku lain.
Aku melangkah.
Aku kiri, kamu kanan. 
hariskaito.blogspot.com
Tapi, bila kamu tersadung.
Langkah aku dengan kamu mungkin sama.
Hanya langkah yang sama.
Aku takkan pernah jadi seperti kamu.
Sebab aku lain.
hariskaito.blogspot.com



Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

1 comment

8:45:00 AM

setiap yg berlaku Allah lebih mengetahui.. Haris kuat.. Allah always with you.. tahajud,solat sunat,doa jgn tinggal ya.. :')

Post a Comment