08 August 2012

''Beli Jerlah Ais Krim Baskin Robbin Tu!''

Assalamu'alaikum.

Entri ini hanyalah pendapat Haris. Maaf jika entri ini menyakitkan hati pembaca.


''Beli jerlah ais krim baskin robbin tu! Macam tak ada duit sangat nak beli''.

Ni lah status yang banyak di post oleh pengguna2 facebook sejak minggu ini.
Tak tau sebab baskin robbin nak bagi ais krim free? Korang tanya jer lah Pak Cik Google tu. Haris tak nak panjang-panjang kan sangat entri ni.he3...

Pada pendapat Haris, kita tak boleh cakap camtu. Kenapa? Sebab bukan semua orang kat Malaysia ni pernah makan ais krim baskin robbin tu. Haris pun tak pernah. Kat Terengganu ni takde kot. Hehe. Satu lagi bukan semua orang kat Malaysia ni ada duit nak beli ais krim yang mahal macam tu. Dah ada peluang untuk merasa, tak salah untuk dorang amik jer rezeki yang Tuhan bagi.


Kalau kita nak sangat satu benda tu, tapi kita tak ada duit untuk beli benda tu, tiba-tiba ada orang nak bagi free jer. Takkan kita nak lepaskan peluang tu? Peluang tu sangat bermakna buat seseorang. 


Jangan menilai seseorang kalau kita tak tahu hati dia. Haris rasa memang takde orang yang tahu hati kita. Hanya Allah yang tahu. Boleh jadi fitnah tau kalau kita tuduh melulu~


Tapi jangan lupa benda yang WAJIB pulak. Dah dapat rezeki kita perlu lah bersyukur jugak. Ingat siapa yang bagi rezeki kat kita. Okehlah~ Malas dah update panjang-panjang. Sory lah yer kalau korang pening sebab baca entri ni. kekeke..


*Entri ini ditaip sambil makan corn flakes.. Sedapp

Semoga setiap tulisan, merantai buah kebaikan.

4 comments

betul 2..d sabah mana ada...hehe

betul3x.. ada org cakap 1 scoop nak berbaris 1 jam. takpelah bawa cucu cicit 10 org dapat 10 scoop. kalau nak beli 10 scoop tu brapa puluh ringgit tu.. kan dah jimat dapat free..

follower baru #2371 :)

Post a Comment